Saturday, 8 November 2014

5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI DIAMBIL KETIKA BERPANTANG

5 Jenis Makanan Yang Sesuai Diambil Ketika Berpantang
Pengambilan makanan yang bersesuaian semasa berpantang adalah amat penting untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Khasiat dan zat daripada makanan dapat memberikan nutrien, mengembalikan tenaga serta memulihkan luka pada bahagian-bahagian badan semasa bersalin.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu semasa berpantang:
1. Bijirin
Anda boleh mengambil nasi, roti, biskut dan oat, spageti dan pasta
2. Ikan
Digalakkan mengambil ikan-ikan segar seperti ikan haruan dan ikan yu kerana boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran
3. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran membekalkan vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Peria, sawi, lobak dan ubi kentang boleh diambil sebagai menu anda.
4. Ayam dan daging
Ayam biasa tidak sesuai diambil semasa berpantang kerana dikhuatiri mendapat gatal. Jadi, ayam didik, ayam selasih dan ayam kampung adalah gantinya. Jika anda mengidam nak makan selain daripada ayam, burung puyuh dan burung merpati adalah pilihan terbaik.
5. Buah-buahan
Ibu-ibu yang berpantang boleh memakan buah-buahan saperti epal merah, kurma, buah zaitun, buah tin, buah delima, aprikot dan buah pir.

Sunday, 2 November 2014

KUIH SIPUT RANGUP




KUIH SIPUT RANGUP
Oleh : Blog Mama Mia

Bahan-bahan :


- 100gm Mentega (Butter)
- 2 Cawan Tepung Gandum

*Bahan-bahan kisar :

- 10 Tangkai Cili Kering - dibuang biji
- 2 tangkai daun kari
- 1/2 Biji Telur
- 1 Sudu Teh Jintan Manis
- Satu paket Udang Kering ( dalam 20 ekor )
- 2 biji bawang merah kecil
- 1 cawan air
- Garam dan perisa secukupnya

Cara-cara :

1. Gaulkan Mentega dan tepung hingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam tepung dan butter tadi.

3. Tambah garam dan serbuk perasa.

4. Uli bahan-bahan hingga sebati (kalau adunan agak lembik tambah tepung sehingga adunan elok-tidak melekat ditangan.

5. Cubit sedikit tepung dan gelek atas acuan kuih siput.

6. Goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. ( api perlahan...nanti dalamnya tak masak jika api kuat)

SELAMAT MENCUBA (",)

Saturday, 1 November 2014

KUIH SERI MUKA











KUIH SERI MUKA
Resipi Asal : Mutiara Kitchen
LAPISAN BAWAH:
Bahan A (bahagian bawah)
500gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp gula
2 tsp garam halus-anggaran 7 gram
2 helai daun pandan di simpul

Cara-caranya:-
1. Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan
2. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam
3. Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.
Bahagian B ( Lapisan Atas)
250gm gula pasir
100 gram tepung gandum
400ml santan pekat
400ml air pandan ( anggaran 4-5 helai)
4 biji telur dipukul sedikit
Garam secukupnya ( anggaran 7 gram)
Sedikit pewarna hijau epal
Cara-caranya:-
6. Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan
7. Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.
8. Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.
9. Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit
Guna loyang 10″ x 10″ x 2″ sapu minyak dan alaskan dengan plastik

SNOW CHEESE CAKE

Cubaan pertama membuat Snow Cheese Cake ni berjaya..hubby kata sedap sangat hingga menjilat jari. Kawan-kawan pun ada yang terliur..siap nak order lagi...hehehe..tapi apakan daya order2 tersebut terpaksa ditolak  sebab kekangan kerja yg sememangnya sudah terlalu berat nak dipikul. Lagipun niat dihati bake kek ni hanya suka-suka saja..buat pun sebab special request encik hubby dan anak kesayangan. Jom kita tengok resipi...

















SNOW CHEESE CAKE

Oleh: Blog Mama Mia
Resipi Asal : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

Untuk Kek:

100 gm tepung tepung gandum*
60 gm tepung jagung*
1 sk baking powder*
1 sb ovalette
100 gm gula kaster
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75 gm mentega cair

Untuk Krim:

250 gm cream cheese philadelphia
120 gram susu pekat manis 
50ml UHT Whipping cream (opsyenal: jika mahu buat cheese meleleh)
Satukan kesemua bahan dan putar sehingga tidak berketul ketul. Adunan memang cair.

Untuk Topping:

250 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara cara:

1. Satu dan ayakkan bahan bertanda*. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 160C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong...dan boleh lah MAKAN :D


Tuesday, 28 October 2014

CHOC FUDGE BROWNIES

Resepi Choc Fudge Brownies

Bahan-bahan :


1 1/4 cawan butter (saya guna minyak jer)
4 biji telur (sy guna gred A)
2 cawan gula (sy guna gula castor dan sy kurangkan

sukatannya)

1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu teh vanilla
3/4 cawan serbuk koko
2 cawan kekacang jika suka ( sy gantikan dengan dark choc yg dipotong kecil)

Cara-cara : Panaskan oven pada suhu 170 darjah.

Alas acuan berukuran 9x 13 inci dengan kertas minyak. Lebihkan kertas tersebut biar tinggi sedikit dari acuan supaya mudah untuk keluarkan brownies nanti.

Cairkan butter atas api sederhana dan masukkan serbuk koko. Kacau hingga sebati.


Masukkan gula dan kacau sebentar (tak perlu kacau hingga gula larut..cukup sekadar adunan sebati)

Kalau adunan masih panas, tunggu biar sejuk sedikit dan masukkan vanilla dan telur sebiji demi sebiji sambil dikacau hingga sebati.

Masukkan tepung dan kekacang. Gaul sebati dan tuang ke dalam acuan.

Bakar lebih kurang 30 minit hingga masak. Sejukkan sebelum letakkan topping di atasnya.

Nota: sy ubah sedikit cara membuat brownies ni sebab sy hanya gunakan minyak menggantikan butter. Cara saya: satukan gula, telur dan vanilla. Kacau hingga sebati. Masukkan vanilla, sedikit garam (resipi asal tk guna garam sebab guna butter), dan minyak. Kacau lagi biar sebati. Masukkan tepung yang diayak bersama serbuk koko. Gaul rata. Akhir sekali masukkan kekacang.

Bahan-bahan Choc Ganache:
(Boleh tambah atau kurangkan kuantiti krim mengikut kepekatan yang dikehendaki)

125 g dark choc -potong kecil
1oo ml nondairy cream
Sedikit minyak atau butter jika suka

Gambar Hak Milik Resepi Biskut Blogspot

Masukkan coklat yang dipotong ke dalam bekas tahan panas dan ketepikan. 

Panaskan krim hingga mula mendidih. Angkat dan tuangkan ke atas coklat tadi. Biar seminit dan Kemudian kacau hingga sebati. 

Akhir sekali masukkan sedikit minyak atau butter dan kacau. Biar pada suhu bilik hingga pekat sedikit dan sapu/tuangkan ke atas brownies.

Monday, 27 October 2014

CREAM CHEESE CRACKERS

CREAM CHEESE CRACKERS
By Rosmalini Hassan
( Group Facebook : Kongsi2 Resepi Kek, Biskut Dan Lain - lain )

Cream Cheese Crackers
(Gambar Ihsan Pemilik Resipi Sebenar)

Bahan-Bahan :

250gm creame cheese (suhu bilik)
1/2 cwn susu pekat
1/3 cwn susu cair
1/2 paket biskut crakers
1 cwn susu cair /susu segar (utk celup biskut)
Nestum dan milo secukupnya

Cara-cara :

- Putar cream cheese dgn susu pekat sampai sebati.
- Masukkan susu cair sikit demi sedikit..putar lagi sampai berkrim.
- Kemudian celupkan biskut dlm susu cair sesaat dua je...pastu susun dlm loyang.
- Ratakan creame chesee tadi..tabur nestum dan serbuk milo..(serbuk milo tu pakai penapis)
- Ulang lagi dgn lapisan biskut, creame cheese, nestum dan serbuk milo sampailah habis..
- Sejukkan semalaman dlm peti ais..baru potong
  Selamat mencuba ye...:D

Sunday, 26 October 2014

STRAWBERRY CHEESE TART

STRAWBERRY CHEESE TART

A) Crust / Shell / Kulit Tart

Bahan-bahan :-

170gm Marjerin atau Butter
50gm Gula Aising
1 Biji Telur Gred C
290gm Tepung Gandum
1 tsp Esen Vanilla
Acuan Tart

Cara-cara :

1. Ayak Tepung Gandum ke dalam bekas (besen kecil..etc.)
2. Ayak Gula Aising ke dalam bekas tepung tadi.3. Masukkan Marjerin atau Butter ke dalam campuran tepung dan gula aising.
4. Gaul campuran sehingga sebati.
5. Masukkan telur dan esen vanila.
6. Gaul semula sehingga sebati dan kemudian uli untuk sehingga menghasilkan doh yang licin dan tidak melekat di tangan.
7. Masukkan dalam beg plastik dan simpan ke dalam peti ais semalaman (boleh juga selama 2jam) untuk mendapatkan hasil doh yang elok dan tahan lama.
8. Bentukkan kulit tart menggunakan acuan.
9. Potong lebihan ditepi acuan dengan menggunakan pisau.
10. Cucuk dasar kulit tart tersebut dengan menggunakan pencungkil gigi atau garfu.
11. Bakar dengan menggunakan api atas bawah suhu 170C selama 20 minit atau sehingga kekuningan. 
10. Sejukkan. Setelah sejuk masukkan dalam bekas kedap udara.

B) Filling Tart

Bahan-bahan :-

250gm Cream Cheese ( Jenama Philadelphia / Anchor / Tatura - mana2 yang ada )
50gm Gula Kastor
1 Biji Telur Gred B
1/2 tsp Esen Vanila / Esen Lemon

Cara-cara :

1. Keluarkan cream cheese 20 ~ 30 minit sebelum digunakan. JANGAN biarkan cream cheese mencapai suhu bilik.
2. Putar cream cheese dan gula hingga berkrim.
3. Masukkan telur dan esen vanilla. Putar lagi.
4. Masukkan filling strawberi / blueberry / coklat cair - hoko atau nuttela ke dalam kulit tart dengan menggunakan piping bag.
5. Tutup filling tersebut dengan memasukkan cream cheese menggunakan piping bag.
6. Ambil sedikit cream cheese tadi dan titikkan sedikit pewarna yang kita suka.
7. Kacau rata sehingga warna sebati.
8. Proses melorek dilakukan semasa cream cheese tersebut masih lembut/cair.
9. Lorek dengan menggunakan pencungkil gigi mengikut citarasa masing2.
10. Bakar selama 5 minit pada suhu 170C. ( Api atas bawah dan diletakkan pada rak paling bawah)
11. Sentuh cream cheese dengan hujung jari. Jika tidak melekat itu bermaksud ianya telah masak.
12. Cheese tart yang telah siap simpan dalam bekas kedap udara dan letakkan dalam peti ais untuk tahan lebih lama.



Kulit Tart yang telah dibentuk dan dicucuk dasarnya menggunakan pencungkil gigi





Strawberry Cheese Tart  yang telah siap dilorek dan sedia untuk dibakar





Strawberry Cheese Tart yang telah masak





Saturday, 25 October 2014

KETAM SAMBAL BERTELUR

KETAM SAMBAL BERTELUR

Bahan-Bahan:
Ketam
Sos Tiram
Sos Cili
Cili Boh
Bawang Merah+Bawang Putih (Blend)
Halia
Sedikit Air Asam Jawa
Perasa
Air
Telur yang dipukul

Cara-Cara Memasak:

1. Tumis bawang merah+bawang putih+cili boh+halia hingga naik bau
2. Masukkan sedikit sos tiram+sos cili
3. Masukkan sedikit perasa
4. Masukkan sedikit air asam jawa
5. Masukkan ketam & gaulkan
6. Masukkan air & biarkan sehingga ketam masak
7. Last, siramkan telur yang dipukul  atas ketam & balik-balikkan. Kacau cepat-cepat untuk elakkan terlalu berketul.

MANGGO FLOAT

Bahan-bahan :
200gm Whipping Cream
125gm Susu Pekat Manis
30 Keping Biskut Marie (Perisa kopi) di kisar
Mangga masak (manis) di potong dadu kecil

Cara-cara:
1. Putar whipping cream sehingga kental bersama susu pekat manis.
2. Tabur biskut yg telah dikisar ke dalam bekas.
3. Masukkan mangga..susun.
4. Tuangkan sedikit cream.
5. Ulang langkah 2-4 sehingga membentuk 3 lapisan.
6. Masukkan dalam peti ais.
7. Siap untuk dimakan.

PANTANG SELEPAS BERSALIN

PANTANG LARANG IBU DALAM PANTANG

Jangan Makan Ubi-ubian
Ubi-ubian seperti ubi kayu, keledek dan keladi perlu dielakkan sebab makanan seperti ini boleh mengganggu sistem pencernaan menyebabkan si ibu menghidap kembung atau sakit perut. Malah bukan hanya setakat ibu, penyakit yang berkenaan juga boleh berjangkit kepada bayi yang sedang menyusu (breastfeed).

Pastikan Selalu Memakai Sarung Kaki 

Memakai Sarung Kaki boleh mengelakkan kaki dan tubuh badan si ibu daripada dimasuki angin. Angin bila dah masuk ke dalam badan, mulalah badan sengal-sengal dan badan sudah tentu akan berasa lemah.

Tak Boleh Terhantuk Ibu Jari Kaki

Bagi sesetengah wanita yang lemah, kealpaan yang menyebabkan ibu jari kaki itu terhantuk pada benda keras akan menyebabkan pitam atau bentan.


Jangan Terlalu Aktif

Kalau boleh jangan banyak bergerak terutama dalam tempoh seminggu pertama selepas bersalin. Tujuannya supaya badan betul-betul mendapat rehat yang secukupnya.

Jangan Tidur Tanpa Berlapik

Elakkan tidur tanpa berbantal atau sebarang pelapik yang boleh meninggikan sedikit paras kepala semasa berbaring. Selain punca kepada sakit kepala, tidur tanpa berbantal mungkin menyebabkan darah kotor susah keluar dan angin naik ke kepala menyebabkan sakit gila meroyan.


Jangan Sekali-kali Duduk Mencangkung

Dibimbangi posisi mencangkung akan menyebabkan rahim yang masih lemah itu terkeluar dan menyebabkan tumpah darah. Selain itu, ianya juga bagi mengelakkan jahitan terbuka bagi si ibu yang bersalin secara normal.


Mandi Duduk Di Bangku

Sebaik-baiknya mandi duduk dibangku untuk menjaga kesihatan peranakan. Mandi dalam keadaan duduk dibangku adalah lebih digalakkan daripada mandi berdiri supaya si ibu yang masih lemah tidak perlu menggunakan tenaga yang banyak.


Rapatkan Kaki Semasa Tidur

Satu cara untuk cepatkan proses penyembuhan bahagian peranakan ialah dengan kaedah merapatkan kaki ketika tidur dan bagi menjaga jahitan. Jangan tidur mengangkang!


Jangan Tidur Di Waktu Matahari Naik

Tidur di waktu matahari naik akan menyebabkan badan bertambah lesu dan sakit-sakit.


Jangan Tidur Atau Keluar Rumah Waktu Senja

Waktu Senja adalah masa syaitan keluar berkeliaran. So duduk rumah lebih elok.


Menjaga Kebersihan Diri

Kerap menukar pad iaitu seeloknya setiap 3-4 jam ( Jangan tunggu pad penuh!) Mencuci miss V menggunakan air rebusan daun sireh yang suam-suam. Jangan lupa untuk keringkan dan sapu ubat kuning yang diberikan oleh hospital pada luka dan jahitan.


Jaga Pemakanan - Makanan Berkhasiat Sahaja

Berikut adalah serba sedikit makanan yang perlu dielakkan selain ubi-ubian di atas ;

Telur - Boleh menyebabkan gatal-gatal pada luka
Ikan Kering/Masin - Boleh menyebabkan keluarnya bauan pada miss v
Sayur Terung - Gatal-gatal / alergik
Ikan - Ikan Belawis, ikan tongkol/kayu, ikan yang dibom tidak boleh dimakan oleh ibu yang sedang berpantang.
Ayam - Boleh melambatkan proses penyembuhan luka (bergantung kepada individu)
Minuman Milo & minuman berperisa coklat - Boleh menyebabkan sembelit
Sayur-sayuran berangin - Kubis dan lain-lain
Buah-buahan - Durian, Betik, Nangka, Pisang, Nenas, Tembikan dan lain-lain buah yang sejuk


Jangan Lupa Untuk Bertungku


Bertungku boleh memberikan rasa yang selesa pada bahagian perut ibu yang sedang berpantang.



BUBUR SI MANJA

BUBUR SI MANJA
(CAMPURAN KENTANG, LOBAK MERAH DAN IKAN BILIS)

Bahan-bahan :

2 sudu nasi 
1/2 biji kentang kecil
2-3 hiris lobak merah
sedikit ikan bilis digoreng, kemudian ditumbuk halus

Cara-cara :
1.Masak semua bahan kecuali ikan bilis.
2.Apabila sudah masak, hidangkan dan gaulkan bersama ikan bilis tumbuk.