Saturday, 8 November 2014

5 JENIS MAKANAN YANG SESUAI DIAMBIL KETIKA BERPANTANG

5 Jenis Makanan Yang Sesuai Diambil Ketika Berpantang
Pengambilan makanan yang bersesuaian semasa berpantang adalah amat penting untuk ibu-ibu yang sedang berpantang. Khasiat dan zat daripada makanan dapat memberikan nutrien, mengembalikan tenaga serta memulihkan luka pada bahagian-bahagian badan semasa bersalin.
Berikut adalah beberapa jenis makanan yang boleh diambil oleh ibu-ibu semasa berpantang:
1. Bijirin
Anda boleh mengambil nasi, roti, biskut dan oat, spageti dan pasta
2. Ikan
Digalakkan mengambil ikan-ikan segar seperti ikan haruan dan ikan yu kerana boleh memulihkan luka-luka dalaman dan luaran
3. Sayur-sayuran
Sayur-sayuran membekalkan vitamin dan mineral yang amat diperlukan oleh tubuh badan. Peria, sawi, lobak dan ubi kentang boleh diambil sebagai menu anda.
4. Ayam dan daging
Ayam biasa tidak sesuai diambil semasa berpantang kerana dikhuatiri mendapat gatal. Jadi, ayam didik, ayam selasih dan ayam kampung adalah gantinya. Jika anda mengidam nak makan selain daripada ayam, burung puyuh dan burung merpati adalah pilihan terbaik.
5. Buah-buahan
Ibu-ibu yang berpantang boleh memakan buah-buahan saperti epal merah, kurma, buah zaitun, buah tin, buah delima, aprikot dan buah pir.

Sunday, 2 November 2014

KUIH SIPUT RANGUP




KUIH SIPUT RANGUP
Oleh : Blog Mama Mia

Bahan-bahan :


- 100gm Mentega (Butter)
- 2 Cawan Tepung Gandum

*Bahan-bahan kisar :

- 10 Tangkai Cili Kering - dibuang biji
- 2 tangkai daun kari
- 1/2 Biji Telur
- 1 Sudu Teh Jintan Manis
- Satu paket Udang Kering ( dalam 20 ekor )
- 2 biji bawang merah kecil
- 1 cawan air
- Garam dan perisa secukupnya

Cara-cara :

1. Gaulkan Mentega dan tepung hingga menjadi serbuk roti.

2. Masukkan bahan-bahan yang dikisar ke dalam tepung dan butter tadi.

3. Tambah garam dan serbuk perasa.

4. Uli bahan-bahan hingga sebati (kalau adunan agak lembik tambah tepung sehingga adunan elok-tidak melekat ditangan.

5. Cubit sedikit tepung dan gelek atas acuan kuih siput.

6. Goreng dengan minyak panas hingga kekuningan. ( api perlahan...nanti dalamnya tak masak jika api kuat)

SELAMAT MENCUBA (",)

Saturday, 1 November 2014

KUIH SERI MUKA











KUIH SERI MUKA
Resipi Asal : Mutiara Kitchen
LAPISAN BAWAH:
Bahan A (bahagian bawah)
500gm beras pulut
300 ml santan pekat
300 ml air
2 tsp gula
2 tsp garam halus-anggaran 7 gram
2 helai daun pandan di simpul

Cara-caranya:-
1. Rendam pulut sekejap. Basuh dan toskan
2. Masukkan semua bahan diatas, gaul rata. Kukus selama 1/2 jam
3. Apabila pulut masak, tekan pulut sehingga betul2 padat.
Bahagian B ( Lapisan Atas)
250gm gula pasir
100 gram tepung gandum
400ml santan pekat
400ml air pandan ( anggaran 4-5 helai)
4 biji telur dipukul sedikit
Garam secukupnya ( anggaran 7 gram)
Sedikit pewarna hijau epal
Cara-caranya:-
6. Campurkan semua bahan B dan kacau rata. Tapiskan
7. Masak sekejap sahaja, sehingga naik wap.
8. Kukus pulut yang telah di padatkan tadi sekejap, anggaran 5 minit.
9. Masukkan adunan B dan kukus sehingga masak anggaran 30 minit
Guna loyang 10″ x 10″ x 2″ sapu minyak dan alaskan dengan plastik

SNOW CHEESE CAKE

Cubaan pertama membuat Snow Cheese Cake ni berjaya..hubby kata sedap sangat hingga menjilat jari. Kawan-kawan pun ada yang terliur..siap nak order lagi...hehehe..tapi apakan daya order2 tersebut terpaksa ditolak  sebab kekangan kerja yg sememangnya sudah terlalu berat nak dipikul. Lagipun niat dihati bake kek ni hanya suka-suka saja..buat pun sebab special request encik hubby dan anak kesayangan. Jom kita tengok resipi...

















SNOW CHEESE CAKE

Oleh: Blog Mama Mia
Resipi Asal : Azie Kitchen

Bahan-bahan :

Untuk Kek:

100 gm tepung tepung gandum*
60 gm tepung jagung*
1 sk baking powder*
1 sb ovalette
100 gm gula kaster
4 biji telur
2 biji kuning telur
50 ml air sejuk (air dari peti sejuk)
75 gm mentega cair

Untuk Krim:

250 gm cream cheese philadelphia
120 gram susu pekat manis 
50ml UHT Whipping cream (opsyenal: jika mahu buat cheese meleleh)
Satukan kesemua bahan dan putar sehingga tidak berketul ketul. Adunan memang cair.

Untuk Topping:

250 gm kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara cara:

1. Satu dan ayakkan bahan bertanda*. Kemudian masukkan semua bahan bahan kecuali mentega cair dan putar.

2. Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat dan putih. Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.

3. Sediakan acuan yang telah dialas dengan kertas minyak atau yang telah disapu dengan sedikit butter.

4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 160C.

5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.

6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.

7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.

8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh permukaan kek sebagai toppingnya.

9. Masukkan dlm peti ais dalam 1-2 jam. Lepas tu baru potong...dan boleh lah MAKAN :D